Aktiviti Tayangan Sarawak Day & Advokasi (Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian)

22 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Aktiviti Tayangan Sarawak Day dan Advokasi (Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian). Objektif aktiviti ini bagi memupuk patriotik dan mengukuhkan pengetahuan Pelindungan Kanak-Kanak Dalam Talian antara peserta. Aktiviti ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 9 orang peserta yang hadir iaitu 4 peserta lelaki dan 5 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Aktiviti Tayangan Hari Sarawak sejam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian. Pada sesi ini, penerangan tentang apakah dan bagaimana Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian ini penting dalam dunia IT. Selain itu juga, peserta didedahkan sepintas lalu jenis-jenis dan contoh-contoh kes serta cara melindungi kanak-kanak dalam talian maya ini dari terus berlaku.

Pada petang itu juga, PI Rantau Panjang mengajak peserta menyelami sejarah Sarawak bersempena sambutan Hari Sarawak 2019 yang diraikan pada 22 Julai 2019. Dalam aktiviti ini, kami mempertontonkan beberapa petikan dari Youtube tentang sejarah Sarawak bermula dari zaman Rajah Brooke hingga sambutan Hari Sarawak yang pertama. Selain itu juga, peserta diajak mengenali 6 orang Ketua Menteri Sarawak dan jug 7 orang Yang DiPetuan Negeri Sarawak. Peserta-peserta juga diperkongsikan juga beberapa bangunan bersejarah di Sarawak dan diperkenalkan juga bangunan DUN Sarawak serta beberapa fakta bersejarah mengenai Sarawak.

Keseronokan peserta dapat dilihat dalam aktiviti ini kerana mereka mengetahui sejarah Sarawak. Impak dari aktiviti ini, peserta mengenali Sarawak dengan lebih mendalam. Apa yang diharapkan semoga semangat patriotik akan terus tersemai pada setiap peserta yang hadir dan begitu juga pemahaman mereka dengan Advokasi yang dikongsikan pada petang itu.

# Selamat Hari Sarawak 2019

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali